Jambatan runtuh Jambatan_Sungai_Mississippi

Jambatan I-35W asal (secara rasmi dipanggil Jambatan 9340) runtuh dari tebing kiri hingga ke tebing kanan sungai menyembah bumi pada jam 6.05 petang waktu tempatan 1 Ogos 2007, ketika waktu sesak. Sehingga 7 Ogos, 5 orang telah disahkan mati, manakala 8 hilang lagi masih hilang dan dianggap telah mati [4]. Seramai 111 orang cedera, 5 daripadanya agak teruk.

Jambatan runtuh pada 1 Ogos 2007, melihat ke arah selatan

Lebih 50 kenderaan menggelongsor ke dalam sungai dan dihimpit oleh struktur jambatan dan sebahagian lain bertindan-tindan. Ini termasuklah sebuah trak semi-treler. Bagaimanapun, cuma beberapa kereta yang tenggelam. 61 kanak-kanak berada di dalam bas sekolah yang balik dari taman tema air turut terlibat tetapi terselamat [5].

Beberapa pekerja sedang membaiki jalan tar di jambatan ketika itu. Sejak 1990 jambatan ini dikatakan tidak cukup kukuh dan beberapa pembaikan telah dijalankan. Tetapi tidak ada pula arahan untuk menutup jambatan ini. Pihak negeri Minnesota mengisytiharkan darurat [6].

Imej dari kamera keselamatan, melihat ke arah utara

Kamera keselamatan berhampiran bangunan Kejuruteraan Tentera Amerika berjaya merakamkan detik-detik jambatan itu runtuh [7].

Penyiasatan

Punca jambatan itu runtuh masih belum dapat dipastikan, namun bukan disebabkan aktiviti pengganas. Sebaliknya dikatakan kerana struktur binaan jambatan dan banyak jambatan lain di Amerika berusia 40 tahun itu sangat lemah dan telah dikesan sejak 1990. Lebih 700 jambatan lain mempunyai masalah yang sama. Hal ini disahkan oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan, Amerika Syarikat.

Gabenor Minnesota Tim Pawlenty menyatakan, pada 2005 dan 2006 beberapa kerja minor dan remeh seperti membaki lampu, konkrit dan sambungan antara jambatan telah dilakukan. Seorang profesor kejuruteraan alam sekitar dari Universiti Northwestern, Zdenek Bazant menyatakan beberapa kerja pembaikan menjadi punca jambatan itu runtuh. Jambatan tersebut tidak sepatutnya direkabina seperti itu [8].